ICT Dalam Pendidikan



ICT (Information Communication Technology) adalah system yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.

KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.

1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).

3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:
1. meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
2. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
3. memperluas kurikulum berasaskan ICT;
4. meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
5. menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
6. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;
7. meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
8. meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
9. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
10. meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

Sumber dari : http://www.cikgublog.com/ict-dalam-pendidikan/

Wednesday, March 24, 2010 at 9:18 AM , 0 Comments

Dialog Ummu Salamah dengan Rasulullah SAW


Dialog Ummu Salamah dengan Rasulullah SAW

Ummu Salamah:
"Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama, wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?"

Rasulullah SAW:
"Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan yang tampak daripada apa yang tidak tampak. "

Ummu Salamah:
"Karena apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Rasulullah SAW:
" Karena shalat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutra, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasaannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, 'Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami selalu mendampingi dan tidak beranjak sama sekali, kami ridha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya. "

Ummu Salamah:
" Wahai Rasulullah, salah seorang wanita di antara kami pernah nikah dengan dua, tiga atau empat laki-laki lalu dia meninggal dunia. Dia masuk surga dan mereka pun masuk surga pula. Siapakah di antara laki-laki itu yang akan menjadi suaminya di surga?

Rasulullah SAW:
"Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu dia pun memilih siapa di antara mereka yang akhlaknya paling bagus, lalu ia berkata, 'Wahai Rabbku sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik akhlaknya tatkal hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya.' Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, dunia dan akhirat.” (HR. Thabrani).

Sekilas tentang bidadari di surga. Bidadari adalah makhluk Allah penghuni surga berakhlak mulia, putih bersih, cantik, masih dipingit di dalam rumah (QS. Ar-Rahman: 70-72), dan diciptakan Allah secara langsung, berwujud gadis perawan, penuh cinta, lagi sebaya usianya (QS. Al-Waqiah: 35-37), tidak meliarkan pandangannya, matanya jelita, seakan-akan mereka adalah telur yang tersimpan dengan baik (Ash Shaffat: 48-49).

Bahkan diriwayatkan dalam hadis, seandainya seorang bidadari surga menampakkan wajahnya ke bumi niscaya akan menerangi langit dan bumi dan sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik dari dunia dan seisinya. Permata tingkatan terendah yang dikenakan kemilau sinarnya dapat menerangi antara timur dan barat.

Dari Anas bin Malik ra. Nabi Shallallahu Alaihi wa sallam bersabda, “Semalam atau sore di jalan Allah, lebih baik dari dunia dan seisinya. Maka busur panah salah seorang kamu dari surga atau cambuknya lebih baik dari dunia dan seisinya, jikalau perempuan penghuni surga menengok ke bumi maka akan menyinari diantara keduanya dan cahayanya berbau wangi, dan sungguh kerudung di kepalanya lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Muttafaq Alaih dari Bukhari).

Wallahu a’lam.

at 9:02 AM , 0 Comments

Bicara Imam Al-Ghazali

PESAN IMAM AL-GHAZALI
Imam Ghazali:
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar,
tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

Imam Ghazali: Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar,
tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar,
tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

at 8:23 AM , 0 Comments

Berita ICT SMKTDH minggu ini.

1. Pelajar tingkatan 5 menghasilkan blog berinformasi.
2. Baikpulih dan penyelegaraan komputer di Pusat Akses ICT di Pejabat.
3. Mewujudkan sudut ICT di Makmal ICT sekolah.
4. Pentaksiran Pelajar ICT Tingkatan 4 dan 5.
5. Menghasilkan ABM ICT bagi plajar Tingkatan 4 dan 5.

at 3:43 AM , 0 Comments

Muat turun Bahan ICT SPM

Calon SPM bagi mata pelajaran ICT dinasihatkan menggunakan kemudahan yang ada dengan kadar SEGERA sebagai sumber rujukan bagi menghadapai Peperiksaan SPM.
Semoga Berjaya.

- Nota T4 (CD1 , CD2 , CD3 , CD4 , CD5 , CD6) .doc
- Nota T4 (CD1 , CD2 , CD3 , CD4 , CD5 , CD6) .pdf
- Nota T4 LA1 : ICT & Society, LA2 : Computer Systems, LA3 : Networking

- Nota T5 (CD7 , CD8 , CD9 , CD10 , CD11 , CD12) .doc
- Nota T5 (CD7 , CD8 , CD9 , CD10 , CD11 , CD12) .pdf
- Nota T5 LA4 : Multimedia, LA5 : Programming, LA6 : Information Systems

- Handybook ( LA01 , LA02 , LA03 , LA04 , LA05 , LA06) .doc

- Contoh Soalan (S1 , S2 , S3 , S4 , S5 , S6 , S7 , Contoh Soalan Sebenar SPM) .doc

at 3:42 AM , 0 Comments

Pertandingan BLOG BERINFORMASI








Sempena minggu teknik dan Vokasional , beberapa aktivit dirancang antaranya ialah menghasilkan laman blog berinformasi bagi pelajar. Blog yang terbaik akan dapat hadiah. selamat mencuba..

at 2:45 AM , 0 Comments

Beli Website Murah!!


Starter pac untuk website individu atau syarikat dengan harga yang berpatutan: CONTOH WEBPAGE-www.ximplify.com - RM59 setahun. Dengan alamat (*.com atau *.net atau *.my )
LAYARI LAMAN WEB UNTUK MAKLUMAT LANJUT -http://www.sharksurf.net/my/en/index.htm
( RM299 setahun)

Tuesday, March 23, 2010 at 4:59 PM , 0 Comments